Xiaomi Mi Note 2 Dilancarkan Dengan Skrin Dwi Lengkung Depan Dan Belakang

Xiaomi Mi Note 2 dilancarkan secara rasmi beberapa minit yang lalu. Seperti ura-ura sebelum ini, Mi Note 2 dilengkapi skrin dwi-lengkung pada bahagian depan dan belakang. Ini ialah ciri rekaan yang dilihat sebelum ini pada Samsung Galaxy Note 7.

xiaomi-mi-note-2-6 Peranti ini dilengkapi skrin 5.7″ OLED dengan resolusi HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 6 Gigabyte LPDDR4 dan storan 128 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 23-Megapixel f/2.0 dengan sensor IMX 318 , sistem penstabilan EIS tiga paksi dan PDAF.

Kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel f/2.0 IMX 268 dengan sistem autofokus. Tidak seperti ura-ura yang didengari, Mi Note 2 hanya dilengkapi sebuah kamera sahaja pada panel belakang. Bateri sebesar 4070 mAh menjadi sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Sistem audio AQSTIC disertakan dengan sokongan audio Hi-Fi 192 kHz/24 bit.

Terdapat dua penawaran warna diumumkan iaitu hitam piano dan perak glacier. Peranti ini dijual pada harga bermula RMB 2799 (~RM 1721) untuk model RAM 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte dan meningkat ke RMB 3499 (~RM 2152) untuk model RAM 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte.

xiaomi-mi-note-2-8

xiaomi-mi-note-4xiaomi-mi-note-2-5

xiaomi-mi-note-2-7

@amanznetwork

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s