Ulasan: Oukitel K4000 (2016)- ketahanan bateri luar biasa

Arena peranti mampu milik kini semakin mendapat perhatian daripada kebanyakan pengeluar peranti mudah-alih. Ia memberikan bukan sahaja daripada harga jualanya yang dilihat mampu milik namun penawaran hebat yang ditawarkan cukup menggugat pilihan pengguna. Ada sahaja penawaran peranti baru daripada pengeluar yang tidak putus-putus dalam memberikan saingan pada arena peranti mampu milik ini.

Oukitel adalah salah satu jenama asing bagi rakyat Malaysia khususnya kerana kurang pengiklanan di media massa telah melancarkan sebuah peranti mampu milik dengan ketahanan bateri luar biasa iaitu Oukitel K4000 edisi kemasikini 2016. Antara kemaskini yang disertakan pada versi ini adalah kemaskini antaramuka yang baru dan mudah digunakan bagi warga emas.

Oukitel K4000 versi 2016 ini diperkasakan dengan cip pemprosesan 4-teras Mediatek MT6735P, 2GB RAM, 16GB memori dalaman, kapasiti bateri sebesar 4000mAH, dan skrin sebesar 5.0 inchi.

REKABENTUK

14063768_1268132276552540_7066786433182275425_n

Mengenai rekabentuk peranti ini, bagi kami adalah rekabentuk yang biasa dijumpai dipasaran dan kurang menarik bagi kami disamping ketebalan badan peranti ini. Dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAH ini, memberi kesan kepada berat peranti ini yang kami rasa agak berat sedikit berbanding dengan peranti lain yang sama besar kapasiti baterinya.

Pada bahagian tepi disekeliling peranti ini, disertakan dengan binaan magnesium yang agak kukuh. Apa yang kami dapat tahu, skrin pada peranti ini agak kukuh walaupun telah diketuk dengan tukul banyak kali kerana skrin peranti ini menggunakan gelas daripada pihak Asahi Glass. Tambahan pula, skrin sebesar 5.0 inchi dan beresolusi 720p ini, bagi kami ketumpatan skrin ini agak bagus juga berbanding skrin peranti lain tetapi apabila dikawasan luar, skrin agak susah untuk dilihat pada mata kasar.

Dari segi storan pula, peranti ini mempunyai memori dalaman sebesar 16GB dan 2GB RAM. Ia sudah cukup memandai bagi mereka yang ingin telefon budget ini. Selain itu, peranti ini mempunyai 2 sim slot dan 1 slot memori sdcard sehingga 32GB.

SISTEM

Peranti ini sudah tentu menggunakan sistem operasi Android 5.1 dan kami baru sahaja mengemaskini peranti ini dengan kemaskini terbaru yang baru sahaja keluar pada minggu lepas. Apa yang menarik bagi kami berbanding peranti lain adalah pelancar yang digunakan agak mudah bagi warga emas untuk mencari kenalan ataupun memilih aplikasi yang telah ditetapkan pada peranti ini. Saiz icon pula agak besar dan boleh diubah mengikut mata pengguna. Jika anda tidak mengemari pelancar ini, anda boleh mengubah ke pelancar lama daripada Oukitel.

Peranti ini juga hadir dengan fungsi “double tap to wake” dan “double tap home to sleep”. Bagi kami fungsi ini amat bagus bagi mereka yang tidak gemar menekan butang kuasa kerap kali untuk menghidupkan dan mematikan skrin peranti.

PRESTASI

Bagi peranti yang memetingkan optimum penggunaan bateri, sudah tentu pengeluar akan menggunakan cip pemprosesan yang jimat tenaga bateri. Peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Mediatek MT6735P yang befrekuensi sehingga 1.0Ghz. Pada penggunaan kami, ia sudah cukup melancarkan aplikasi asas seperti Facebook, Youtube dan sebagainya dengan baik sekali walaupun sesetengah masa akan ada sela masa yang boleh kami maafkan.

This slideshow requires JavaScript.

Bagi prestasi bateri yang kami telah uji, prestasi bateri peranti ini agak baik sekali berbanding peranti lain yang sama besar kapasiti bateri sebagai contoh Xiaomi Redmi 3. Kami dapat menggunakan peranti ini untuk masa 1 hari pada pengguna biasa dan bagi mood standby pula boleh mencecah sehingga 3-5 hari.

14039975_1268113819887719_5720257897505022437_n

KAMERA

Saiz resolusi peranti ini pada bahagian belakang sebesar 13MP dan pada bahagian hadapan pula sebesar 5MP. Sensor kamera belakang menggunakan sensor daripada pihak SONY dan bagi kami prestasi kamera hadapan boleh dikira biasa-biasa sahaja.

Pada kamera sebelah hadapan, kami agak kecewa jika anda menggunakan di tempat gelap kerana gambar akan menjadi warna merah jambu sedikit kerana exposure kamera terlalu tinggi. Kami harap pihak Oukitel dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

RUMUSAN

Pada pendapat kami, peranti ini sesuai bagi warga emas yang jarang menggunakan peranti untuk mengetahui isu-isu semasa di media sosial dan juga digalakkan untuk remaja perempuan kerana badan binaan peranti ini agak berat dan kukuh untuk membaling kepada penjenayah yang ingin meragut anda. Dengan kapasiti bateri yang besar ini, kami rasa sudah memandai dengan prestasi bateri yang cukup baik untuk penggunaan biasa.

PRO:

  • Kapasiti yang besar
  • Ketahanan badan binaan yang agak kukuh
  • Slot simkad dan memori tidak digabungkan
  • Audio yang agak kuat walaupun pada peringkat awal.

 

KONTRA:

  • Agak berat sedikit
  • Kamera hadapan agak kecewa bagi kami
  • Sensor Gyrometer tidak berfungsi walaupun telah dinyatakan dalam sistem.
  • Tiada lampu LED untuk notifikasi panggilan,sms dan sebagainya.
  • Butang kuasa yang panjang membolehkan kami kerap kali menekannya ketika digunakan.

SKOR: 7.0/10

Untuk membeli sila ke link ini: http://www.aliexpress.com/item/OUKITEL-K4000-5-Inch-HD-Android-5-1-4G-LTE-Quadcore-1280x-720-Smartphone-MTK6735P-2GB/32496086873.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s