[BM] One Plus 3 diumumkan

Peranti OnePlus tidak asing lagi bagi seluruh pelusuk dunia sejak peranti Oneplus One dilancarkan lagi. Hari ini, pihak Oneplus telah mengumumkan peranti flagship mereka yang terbaru iaitu Oneplus 3. Dengan diperkasakan cip pemprosesan Snapdragon 820 dan juga dioptimumkan oleh 6GB RAM dan 64GB memori dalaman.

op3

Oneplus 3 hadir dengan skrin sebesar 5.5-inci Optic AMOLED dengan paparan HD penuh (1920×1080 piksel), kamera belakang 16 megapiksel (SONY IMX 298) dan juga kamera depan sebesar 8 Megapiksel (Sony IMX 179). Dengan spektifikasi tinggi ini, peranti ini mungkin boleh bersaing dengan peranti flagship dari jenama lain seperti Samsung Galaxy S7, Xiaomi Mi 5 dan juga Sony Xperia X Performance. Disamping itu juga, Oneplus 3 membawa ciri-ciri baru iaitu ciri pengecasan pantas yang dinamakan Dash Charger dan Oxygen OS 3. Mengenai ciri Dash Charger ini, peranti Oneplus 3 mampu dicas dari 0% kepada 60% dalam masa 30 minit dan bateri mampu bertahan selama 7 jam.

Bagi yang mengemari melakukan dua kerja dalam satu peranti, Oneplus 3 juga menyokong dual-simcard yang boleh anda berhubung dengan menggunakan dua simkad anda. Dari sistem operasi pula, Oneplus 3 menggunakan OxygenOS 3 yang berasaskan Android Marshmallow 6.0. Anda juga boleh membeli peranti ini dengan harga sebanyak  €399(RM1899).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s